The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
PIALA MALAYSIA 2019: FELDA IKAT SELANGOR DI SHAH A...
PIALA MALAYSIA 2019: FELDA IKAT SELANGOR DI SHAH ALAM
Oct 10, 2019 - FAS
SHAH ALAM- Meskipun terlebih dahulu membuka jaringan, namun Selangor terpaksa berpuas hati selepas terikat menentang Felda United dengan keputusan 2-2 di Stadium Shah Alam semalam.
Sebaik sahaja wisel permainan dibunyikan, Felda terlebih dahulu melakukan beberapa percubaan berbahaya namun berjaya dipatahkan dengan aksi cemerlang penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid.
Khairulazhan berjaya menafikan percubaan baik Tasnim Fitri serta S. Chanturu pada 30 minit yang pertama.
Meskipun diasak, Selangor terlebih dahulu membuka jaringan selepas gerakan satu dua di antara Syazwan Zainon dan Sandro Da Silva berjaya disudahkan dengan baik oleh Syazwan pada minit ke-32.
Jaringan kedua Selangor muncul pada minit ke-39 selepas penjaring gol terbanyak Liga Super bagi pasukan Selangor, Ifedayo Olusegun mudah menolak masuk hantaran cantik Syazwan Zainon.
Namun Felda berjaya merapatkan kedudukan pada hasil tolakan Christie Jayaseelan seminit selepas gol kedua Selangor.
Masuk babak kedua, Selangor mempamerkan aksi yang agresif dengan memperoleh beberapa peluang untuk menjaringkan gol ketiga namun tidak dapat disudahkan dengan baik.
Felda akhirnya memperoleh jaringan penyamaan melalui sepakan penalti selepas Fandi Othman dipersalah menerjah Jasazrin di dalam kotak penalti.
Sepakan penalti tersebut mudah diambil oleh penyerang import mereka, Khairul Amri pada minit ke-82 menyaksikan perlawanan tamat dengan keputusan 2-2.
Selangor akan turun menentang pasukan Melaka pada 8 Ogos ini di Stadium Hang Jebat bagi perlawanan kedua Piala Malaysia 2019.
←
Previous
REVIU PIALA PRESIDEN: Selangor bertemu PKNS F...
Next
DORSETT GRAND SUBANG PARTNERS THE RED GIANTS
→
FA SELANGOR NEWS
Eduardo Sosa Joins Selangor FC, Add Creativity to the Red Giants' Attack
Read more
Jefferson Tabinas Strengthens Selangor FC's Defensive Line
Read more
Adib Ra'op Joins Selangor FC #AdibIsRed
Read more
Selangor FC Strengthen Midfield with the Signing of Azam Azih
Read more